MALAYSIA TV 🇲🇾

malay tv

INDONESIA TV 🇲🇨

INDO tv

ENTERTAINMENT

movie

sport today

SPORT TODAYLIVE

Pages

Pages

tv9

TV9 ialah rangkaian televisyen percuma ke udara Malaysia yang dilancarkan pada 22 April 2006 sebagai anak syarikat Media Prima Berhad. Ia menyiarkan pengaturcaraan yang kebanyakannya menjurus kepada demografi Melayu. Saluran itu dahulunya wujud sebagai Saluran 9 dari 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pengendali. TV9 mula bersiaran 24 jam sehari pada 6 Mei 2019. Pada asalnya, ibu pejabat saluran ini bersiaran dari Shah Alam, Selangor pada 9 September 2003 dikenali sebagai Channel 9 dan kemudian berpindah ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 22 April 2006 dipanggil secara rasmi sebagai TV9 sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2024 sama seperti yang berlaku pada TV3, DidikTV KPM dan 8TV apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024. TV3, TV9, DidikTV KPM, 8TV dan stesen radio dikawal selia oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur. Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton, MYTV Mana-mana dan Unifi TV. TV9 dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16:9 atau resolusi HD. Sejarah Sebagai Channel 9 Pada tahun 1997, TV3 telah merancang untuk memulakan saluran kedua dengan nama TV9, tidak berkaitan dengan rangkaian televisyen masa kini dengan nama yang sama. Permohonan itu masih belum diterima oleh Kementerian Penerangan. Rancangan itu kemudian dibatalkan. Enam tahun kemudian, pada 2003, stesen TV swasta ketiga, akan memulakan siaran ujiannya di Lembah Klang pada awal Ogos, mendedahkan nama Channel 9 kepada umum, bukannya TV9 dan dijangka dilancarkan pada awal September. Saluran ini dimiliki dan dikendalikan oleh Medanmas Sdn. Bhd. (berdaftar sebagai Ch-9 Media) dan dijangka meningkatkan keuntungannya menjelang September 2004. Logo korporat baharu dan portal web Channel 9 telah dilancarkan pada 12 Ogos 2003 dan dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Leo Moggie. Saluran TV yang akan datang akan memenuhi keperluan penonton muda dan menawarkan program dalam pelbagai genre seperti drama dan rancangan pelbagai. Banyak pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Majlis Belia Malaysia menuntut Saluran 9 memberi peluang kepada anak muda Malaysia untuk menghasilkan lebih banyak program TV dan filem. Channel 9 akan membelanjakan RM35 juta secara keseluruhan daripada pelaburan RM50 juta dalam ICT sebagai sebahagian daripada persediaannya untuk beralih ke penyiaran digital. Pesanan perpisahan Channel 9. Ibu Pejabat Lama Channel 9 di Shah Alam, Selangor Channel 9 telah menangguhkan latihan tune-innya, yang dijadualkan bermula pada 16 Ogos, dan disambung semula pada 2 September, sebelum pelancaran rasminya. Kelewatan itu dibuat untuk memastikan "penonton menerima perkhidmatan yang memuaskan". TV9 yang bermula sebagai Channel 9 (Bahasa Melayu sebagai Saluran 9 selalunya dikenali sebagai Nine atau dipendekkan kepada C9 digayakan dalam tajuk huruf kecil) majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula komersial swasta secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta bersiaran percuma nasional muzik dan hiburan pertama di Malaysia pada hari Selasa Pagi, 9 September 2003 mula tepat sejak sekitar jam 6:00 pagi Waktu Piawai Malaysia dengan dengan siaran pembukaan atau stesen dibuka biasanya 15 Saat countdown (dengan logo Channel 9 di atas countdown, dan kata Selamat Menonton dan atau Selamat Menyaksikan), lagu kebangsaan (kata dan logo Ceriakan Negaraku Malaysia NTV7 tamat) (siaran bersama NTV7), dan stesen ID. [1] Ia memfokuskan rancangan muzik dan hiburan berbahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien, Taiwan, Inggeris, Tamil, Malayalam, Telugu, Hindi. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Inggeris rasmi kebanyakannya dan ehsan Hallmark Entertainment Network, E! Entertainment Television, STAR English Entertainment (atau STAR World) (kecuali warta berita), Black Entertainment Television (BET), Bravo Entertainment dan AXN Action and Entertainment TV disiarkan dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Hindi rasmi kebanyakannya dan ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita), Doordarshan (termasuk DD National) (kecuali warta berita), STAR Hindi Entertainment (atau STAR Plus) (kecuali warta berita), STAR Tamil Entertainment Channel (STAR Vijay) (kecuali warta berita) dan Zee Hindi Entertainment (atau Zee TV) (kecuali warta berita) disiarkan dari jam 12:00 tengahari hingga 4:00 petang. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Tamil, Malayam dan Telugu rasmi ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita), Doordarshan (termasuk DD National) (kecuali warta berita), STAR Hindi Entertainment (atau STAR Plus) (kecuali warta berita), STAR Tamil Entertainment Channel (STAR Vijay) (kecuali warta berita) dan Zee Hindi Entertainment (atau Zee TV) (kecuali warta berita) disiarkan dari jam 4:00 petang hingga 8:00 malam. Rancangan siaran berita berbahasa Melayu untuk perempuan diberi nama Liputan 9 dan Sinetron Indonesia rasmi kebanyakannya dan ehsan Perdana 12/Prime 12 di Singapura disiarkan dari jam 8:00 hingga 9:30 malam. Rancangan muzik dan hiburan berbahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien dan Taiwan rasmi kebanyakannya dan ehsan Astro Mandarin, Hokkien, and Taiwanese Entertainment (atau Astro AEC) (kecuali warta berita), Astro Mandarin Drama 1 (atau Astro Shuang Xing 1) (kini Astro Mandarin Drama (atau Astro Shuang Xing)), Astro Mandarin Drama 2 (atau Astro Shuang Xing 2) (kini Astro Mandarin Drama (atau Astro Shuang Xing)), Astro Cantonese Entertainment (atau Astro Wah Lai Toi), TVB Mandarin Entertainment (atau TVB8), TVB Mandarin Drama (atau TVB Xing He), STAR Mandarin Entertainment (atau STAR Chinese Channel) (kecuali warta berita), Music Television Mandarin (atau MTV Mandarin), Hong Kong Cable Entertainment Channel (kecuali warta berita), China Entertainment Television (CETV Mandarin Family Entertainment Channel) (kecuali warta berita) dan GTV Mandarin Entertainment (atau GTV Variety Show) (kecuali warta berita) disiarkan dari jam 9:30 malam hingga 3:00 pagi. Pada 1 Mei 2004, THR.fm sebahagian daripada Anaza Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf mengawal hak milik majoriti oleh Ch-9 Media Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Medanmas). Rentetan daripada itu, Channel 9 atau Nine telah rasmi melancarkan cogan kata baharu "Malaysia…lah!" pada tarikh 7 Jun 2004. Slot "Treats" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Inggeris rasmi kebanyakannya dan ehsan Hallmark Entertainment Network, E! Entertainment Television, STAR English Entertainment (atau STAR World) (kecuali warta berita), Black Entertainment Television (BET), Bravo Entertainment dan AXN Action and Entertainment TV disiarkan setiap hari dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Slot "Hindi Power" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Hindi rasmi kebanyakannya dan ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita), Doordarshan (termasuk DD National) (kecuali warta berita), STAR Hindi Entertainment (atau STAR Plus) (kecuali warta berita), STAR Tamil Entertainment Channel (STAR Vijay) (kecuali warta berita) dan Zee Hindi Entertainment (atau Zee TV) (kecuali warta berita) disiarkan setiap hari dari jam 12:00 tengahari hingga 4:00 petang. Slot "Raaga" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Tamil, Malayam dan Telugu rasmi kebanyakannya dan ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita), Doordarshan (termasuk DD National) (kecuali warta berita), STAR Hindi Entertainment (atau STAR Plus) (kecuali warta berita), STAR Tamil Entertainment Channel (STAR Vijay) (kecuali warta berita) dan Zee Hindi Entertainment (atau Zee TV) (kecuali warta berita) disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 8:00 malam. Berita "Liputan 9" merupakan rancangan siaran berita bahasa Melayu untuk perempuan di Channel 9 yang disiarkan selama setengah jam atau 30 minit setiap hari bermula jam 8:00 malam hingga 8:30 malam. Slot "Gegar" untuk rancangan siaran berita bahasa Melayu untuk perempuan dan Sinetron Indonesia rasmi kebanyakannya dan ehsan Perdana 12/Prime 12 di Singapura disiarkan pada waktu perdana setiap hari iaitu selepas siaran berita bahasa Melayu pada jam 8:00 hingga 9:30 malam iaitu Dendam Asmara (RCTI, 1997), Bunga Bunga Kehidupan (RCTI, 1993-1994), Pilar Pilar Kasih (Indosiar, 1999-2000), Rahasia Gadis (Indosiar, 2000), Jangan Rebutmu Suamiku (Indosiar, 1998-1999), Rahasia Perkhawinan (SCTV, 2002) dan Bukan Perempuan Biasa (RCTI 1997) dan Slot "Chinese Selection" atau "Zhong Hua Shi Jie" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien dan Taiwan rasmi kebanyakannya dan ehsan Astro Mandarin, Hokkien, and Taiwanese Entertainment (atau Astro AEC) (kecuali warta berita), Astro Mandarin Drama 1 (atau Astro Shuang Xing 1) (kini Astro Mandarin Drama (atau Astro Shuang Xing)), Astro Mandarin Drama 2 (atau Astro Shuang Xing 2) (kini Astro Mandarin Drama (atau Astro Shuang Xing)), Astro Cantonese Entertainment (atau Astro Wah Lai Toi), TVB Mandarin Entertainment (atau TVB8), TVB Mandarin Drama (atau TVB Xing He), STAR Mandarin Entertainment (atau STAR Chinese Channel) (kecuali warta berita), Music Television Mandarin (atau MTV Mandarin), Hong Kong Cable Entertainment Channel (kecuali warta berita), China Entertainment Television (CETV Mandarin Family Entertainment Channel) (kecuali warta berita) dan GTV Mandarin Entertainment (atau GTV Variety Show) (kecuali warta berita) disiarkan setiap hari dari jam 9:30 malam hinnga 3:00 pagi dengan siaran 21 jam dari 6:00 pagi hingga 3:00 pagi setiap hari. Channel 9 majlis penutupan rasmi sehingga penutupan utama pada 3 Februari 2005 mula tepat sejak sekitar jam 3:00 pagi untuk setelah sepenuhnya dibeli oleh Media Prima syarikat media terbesar di Malaysia sehingga Channel 9 telah rasmi melancarkan nama baharu TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai rasmi Ketua Pegawai Operasinya yang baharu.

...BEST VIEW WITH ANDROID..ALWAYS CLICK BUTTON HOME / REFRESH FOR UPDATE CHANNEL